Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Selangor Tahan Bot...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pukat tunda...

Benarkah DAP ‘Menang Besar’...

PETALING JAYA - Seorang penganalisis politik mempersoalkan persepsi peletakan jawatan Menteri Pendidikan Maszlee...

Kahwin Gadis Muda Jadi...

BARU-BARU ini, beberapa keping gambar yang memaparkan perkahwinan seorang lelaki tua bersama gadis...

Cedera Patah Bahu Tak...

PELAKON dan penyanyi, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok patah bahu...

Laporan Pemecatan Undang Luak Johol Rabu Ini

SEREMBAN – Laporan Jawatankuasa Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang menyiasat kemelut pemecatan Undang Luak Johol baru-baru ini, akan dibentangkan pada mesyuarat Dewan Keadilan, Rabu ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata selepas dibentangkan, ia bergantung kepada pendekatan yang akan diambil dewan itu agar kemelut di Johol tidak berpanjangan.

Jawatankuasa Khas itu diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan penasihat undang-undang serta pihak yang arif mengenai adat dan agama.

“Kita tidak kata Dewan Keadilan akan buat keputusan pada ketika itu (Rabu) kerana terpulang kepada laporan siasatan dan perbincangan serta apa pendekatan yang akan diambil Dewan Keadilan,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

Beliau mengulas perkembangan kemelut Undang Luak Johol yang tercetus apabila Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, yang merupakan Undang Luak Johol dilucutkan jawatan oleh Buapak Yang Enam di Balai Undang Luak Johol selepas didapati melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat.

Kesemua 13 kesalahan itu didapati menghina pesaka dan adat Luak Johol di bawah kesalahan berat merujuk kepada buku ‘Gemuk Berpupuk, Segar Bersiram’ yang diterbitkan pada 1996.


Mohamad berkata Dewan Keadilan dalam mesyuarat minggu lepas, berharap pihak yang terlibat dalam kemelut Undang Luak Johol, dapat berbaik semula kerana hanya melalui permuafakatan akan menjernihkan semula keadaan selain memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas itu.

“Seandainya kemelut ini masih berlarutan, laporan siasatan ini akan dijadikan kayu pengukur untuk meneliti pelbagai sudut lain,” katanya.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya meminta belia yang sudah berumur 21 tahun agar mendaftar sebagai pemilih berikutan 75,000 orang Melayu di negeri ini yang sudah cukup umur, masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri bagi kejohanan itu yang disertai sebanyak 83 pasukan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori