Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ammar Titan Tamat Zaman...

KATA orang, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana. Pernah melalui fasa putus...

2 Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang menjalankan kegiatan samun bersenjata di beberapa buah...

Covid-19: Itali Guna Cara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali melancarkan kempen #WeAreItaly #staytunedonIT...

Bonus Kakitangan Awam Dibayar...

PUTRAJAYA - Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu...

Laporan PAC Bukti Tiada Wang, Dana Awam Hilang – Anggota Parlimen

KUALA LUMPUR – Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai tadbir urus syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Khamis membuktikan tiada wang atau dana awam yang hilang daripada syarikat pembangunan strategik itu, kata Anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Beliau berkata laporan itu turut menyangkal kesemua tuduhan dan dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB melalui bukti yang dikemukakan.

“Laporan PAC telah membuktikan secara muktamad bahawa kesemua wang dan dana telah dikira dan kesemua transaksi telah disahkan. Tiada wang dan dana yang telah dilaporkan hilang.

”Terbukti, tiada elemen jenayah atau penyalahgunaan dana sebagaimana yang dituduh selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Hasbi berkata laporan itu juga turut mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segala tuduhan terhadap Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas.

“Hari ini, kita dapat memuktamadkan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas dan bermotifkan politik untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik,” katanya.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.


PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata laporan berkenaan telah dirumuskan secara kolektif dan konsensus antara kesemua 14 anggota PAC yang mewakili kedua-dua penyokong kerajaan dan pembangkang.

“Pembentangan laporan ini membuktikan sistem demokrasi diguna pakai secara efektif melalui jawatankuasa yang menggabungkan komposisi penyokong dan pembangkang kerajaan,” katanya.

Ahmad Hamzah yang juga anggota PAC berkata laporan akhir jawatankuasa itu adalah titik muktamad kepada semua spekulasi dan tuduhan yang dibuat terhadap 1MDB.

”Saranan PAC yang diputuskan secara kolektif melalui pembentangan laporan itu perlu diberi perhatian bagi mengekalkan integriti Parlimen,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori