Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa, Anak Harus...

KUCHING – Ibu bapa diminta seiring dalam menguasai teknologi bersama-sama anak mereka, kata...

Tokoh Sejarah Negara Zainal...

KUALA LUMPUR - Tokoh sejarah negara Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, 84, meninggal...

Pos Malaysia Naikkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar...

Rakyat Dapatkan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Mana-mana rakyat Malaysia yang meminta kuasa asing untuk campur tangan...

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Akan Dinaik Taraf

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu bercadang menaik taraf beberapa kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini bagi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif kepada penumpang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya juga kini dalam proses menyiapkan cadangan berhubung beberapa kemudahan yang perlu disediakan seperti tempat mengisi minyak kapal terbang di lapangan terbang tersebut.

“Malah kita juga akan menambah kapasiti kemudahan kargo yang pastinya akan memberi lebih banyak manfaat terhadap operasi syarikat penerbangan di lapangan terbang ini.

“Selain itu, kita juga mahu menambah bilangan kiosk dan outlet di dalam lapangan terbang agar lebih banyak barangan berjenama dapat dijual di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan 270 bakal jemaah haji di sini hari ini.

Ia adalah kumpulan kedua rakyat Terengganu yang berangkat ke Tanah Suci dengan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah, Arab Saudi pada musim haji kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori