Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Notis Roboh Kuil Batu...

Satu penafian dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang...

Jumlah OKU Dalam Sektor...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang diambil...

Kedah Tak Lindungi Penerima...

JITRA - Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya...

88,917 Unit Rumawip Dibina,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,917 unit pembinaan kediaman mampu milik di bawah program...

Lapan Anggota Geng Samun Ditahan – Polis

GEORGETOWN – Polis berjaya menumpaskan geng samun dan pecah rumah yang aktif di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain selepas menahan lapan lelaki di sebuah rumah di Bukit Dumbar, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kumpulan itu dikesan susulan kes samun rumah ahli perniagaan di Gelugor melibatkan kerugian lebih RM100,000 baru-baru ini.

Beliau berkata lima daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan jenayah dan dadah.

“Polis menemui pelbagai barang dipercayai hasil samun dan pecah rumah serta pelbagai alat untuk samun antaranya 40 tali jerut, 26 telefon bimbit, dua walkie talkie, 11 topeng penutup mulut, empat parang panjang, pemotong besi dan kuku kambing.

“Polis turut merampas empat kereta, satu daripadanya menggunakan nombor pendaftaraan palsu, dua plat nombor pendaftaran dan pelbagai kunci kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Mior Faridalatrash berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif sejak awal tahun ini dan terlibat sekurang-kurangnya dalam lapan kes samun di daerah Timur Laut.

Mereka yang berusia 27 hingga 53 tahun itu juga disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah rumah di beberapa daerah lain di negeri ini serta di Kedah dan Perak, katanya.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu hidup berpindah randah bagi mengelak dikesan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori