Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

70 Pekerja Kilang Kayu...

MIRI - Seramai 70 orang hilang tempat tinggal setelah sebuah rumah kayu dua...

3 Ahli Parlimen BERSATU...

KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana...

Kadar Kemalangan Di Industri...

KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan di industri pekerjaan menurun sebanyak 10,824 kes pada...

Suspek Tembak Mati Rakan...

IPOH - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati rakan...

Langkah Kawal Harga Rumah Beri Impak Positif

KUALA LUMPUR – Langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah telah menunjukkan kesan positif, demikian menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut kementerian itu dalam satu jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, berdasarkan maklumat daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) pada suku kedua tahun ini, perubahan indeks harga rumah dicatat pada tahap 5.9 peratus dengan purata harga rumah pada RM305,075 berbanding suku tahun kedua 2014 iaitu pada 8.4 peratus dengan purata harga rumah RM302,716.

“Ini menunjukkan bahawa penurunan sebanyak 2.5 peratus dalam indeks harga rumah di negara ini,” kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu perancangan kerajaan dari segi polisi untuk membolehkan harga rumah turun kepada kadar mampu milik.

Menurut kementerian itu, sejak tahun 2013, kerajaan melaksanakan pelbagai insiatif dan insentif termasuk dasar-dasar fiskal yang strategik bagi menstabilkan semula harga rumah di pasaran dan mengawal spekulasi.


“Ia bagi memastikan kadar pemilikan rumah meningkat untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan meningkatkan bekalan rumah dalam pasaran,” kata kementerian itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-iFUtc1A8dY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rumah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori