Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perginya Pejuang Muzik Sejati,...

"ALLAHYARHAM Yazit merupakan pejuang muzik sejati dan industri muzik tanah air kehilangan seorang...

Bakal Pengantin Mengaku Salah...

Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah...

Bekas Penolong Jurutera Maidam...

KUALA TERENGGANU – Bekas penolong jurutera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu...

PRK Sg Kandis: Nama...

KLANG – Nama calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Laluan MRT SSP Sedang Disempurnakan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang berusaha menyempurnakan laluan kedua Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Perdana menteri berkata usaha kerajaan Barisan Nasional tidak terhenti dengan siapnya laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka sepenuhnya bulan lepas.

“Fokus kita sekarang adalah untuk ‘deliver’ (laksanakan) laluan kedua kepada rakyat iaitu MRT SSP yang bakal memanfaatkan lebih kurang dua juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Sungai Besi, Seri Kembangan dan Cyberjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru dalam laman blog rasmi beliau najibrazak.com hari ini.

Najib berkata berdasarkan kajian, laluan MRT SSP sepanjang 52.2km dengan 37 buah stesen ini bakal mencatat 529,000 penumpang sehari apabila siap beroperasi pada suku kedua 2022 kelak.

“Ini satu lagi projek yang ditunggu-tunggu rakyat dan saya pasti akan kita jayakan sekali lagi, Insya-Allah,” kata Najib.

Sementara itu, perdana menteri turut berkongsi kegembiraan beliau membaca maklum balas yang diberikan oleh pengguna berkenaan infrarakyat MRT Sungai Buloh–Kajang yang dibuka sepenuhnya pada 17 Julai lepas.

“Alhamdulillah semuanya memberi maklum balas positif, malah berbangga dengan hasil titik peluh anak-anak Malaysia yang merancang dan membina projek pengangkutan awam bertaraf dunia tersebut,” kata Najib.

Dalam masa sama beliau turut membidas kata-kata pemimpin pembangkang tidak lama dahulu yang menuduh kos membina MRT memakan belanja sebanyak RM100 bilion.


“Tidak masuk akal langsung. Apakah boleh kita mempercayai mereka ini? Seperti tuduhan-tuduhan lain, ini hanyalah satu taktik untuk mengeliru dan menakutkan rakyat,” katanya.

Najib menjelaskan bahawa kejayaan pembinaan MRT dari segi kewangan sebahagian besarnya adalah menerusi sistem tender yang telah dilaksanakan dalam memastikan ketelusan dan kelangsungan projek ini, selain urus tadbir yang baik.

“Dalam proses ini, kita tidak lupa akan agenda pemerkasaan Bumiputera juga. Kita turut memberi peluang dan manfaat kepada ramai Bumiputera melalui inisiatif ‘carve out and compete’.

“Kira-kira 50 peratus pakej kerja telah diberikan kepada syarikat Bumiputera untuk Pakej Kerja Utama,” tambah Najib.

Perdana menteri berkata ini adalah antara usaha kerajaan untuk mempromosi pembangunan kapasiti kepada syarikat Bumiputera, selain membuktikan bahawa syarikat-syarikat Bumiputera mempunyai kemampuan jika diberi peluang.

“Lihatlah hasilnya, terbukti Bumiputera dan anak-anak Melayu mampu ‘deliver’ (melaksanakannya), sekaligus mengubah persepsi terhadap kontraktor Bumiputera dan Melayu,” katanya. – BERNAMA

Kategori