Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gagal Beri Keterangan, Lelaki...

PETALING JAYA - Seorang lelaki didenda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah...

Bomba Bangkok Tangkap Ular...

BANGKOK - Bilangan ular menyelinap masuk ke dalam rumah di bandar raya ini...

Hamil Perlu Surat Doktor...

JAKARTA - Wanita hamil yang ingin menaiki kereta api di Indonesia akan diwajibkan...

Hakim Tarik Diri Dengar...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan...

Laluan Menuju Desa Pinggiran Putra Sesak, Treler Terbabas

SEPANG – Sebuah treler terbabas di persimpangan lampu isyarat Kampung Jenderam Hilir di sini lewat petang ini menyebabkan kesesakan di sepanjang laluan menuju ke Desa Pinggiran Putra, Putrajaya.

Jurucakap polis daerah Sepang berkata, tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu yang berlaku pada kira-kira jam 6.00 petang.

Seorang pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan tersebut berkata, pemandu treler panjang berisi muatan itu telah gagal mengawal kenderaannya apabila tiba di kawasan jalan raya yang sedikit berbukit.

“Akibat kejadian tersebut bahagian belakang treler itu terpisah daripada bahagian depan (bahagian pemandu) sehingga terbabas dan menghalang satu daripada dua laluan di situ,” kata beliau, yang enggan dikenali, kepada media.


Beliau yang tinggal di kawasan berdekatan berkata, kawasan itu selalunya sibuk pada kira-kira jam 6 petang kerana ramai pengguna jalan raya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori