Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Kena Biar Mahathir...

SINIS... Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran biar sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi...

“Sekatan Barat Punca Masalah...

SEKATAN ekonomi Barat ialah punca kesukaran yang dihadapi Sudan, kata presiden negara itu...

3 Kedai Sederet Musnah...

PADANG BESAR - Tiga kedai sederet di Jalan Semadong, Beseri dekat sini musnah...

Ismail Izzani Cabar Video...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah...

Laksana OSH Elak Masalah Kesihatan, Kemalangan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sekali lagi mengingatkan pengusaha industri pelancongan melaksanakan konsep Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk Industri Pelancongan bagi mengurangkan bilangan kemalangan dan masalah kesihatan dalam sektor itu.

Tan Sri Lee Lam Thye berkata konsep itu bukan bermakna mereka mesti mencapai sifar kemalangan tetapi lebih kepada mengubah pemikiran bahawa kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja boleh dicegah daripada berlaku.

“Jika semua yang berada dalam industri pelancongan berpegang teguh kepada konsep ini, sudah tentu mereka akan mengambil langkah proaktif untuk mencegah kemalangan atau penyakit daripada berlaku dan akhirnya membantu menurunkan jumlah kes secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 42 kemalangan direkodkan dalam sektor perhotelan dan restoran di seluruh negara sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pada tahun lepas, 87 kemalangan dan tiga kematian dilaporkan dalam sektor perhotelan dan restoran. Dua daripada kes kemalangan melibatkan hilang upaya kekal.


Lee berkata walaupun kemalangan maut dan kecederaan parah bukanlah sesuatu yang kerap berlaku dalam sektor pelancongan, risikonya tetap ada seperti yang dilaporkan pihak media dari semasa ke semasa.

“Apabila terdapat kemalangan bas dan bot yang membawa pelancong misalnya, jumlah mangsa biasanya agak tinggi. Kes sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan kehilangan nyawa tetapi juga mencalar reputasi negara sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori