Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Polis Negara Nafi...

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut...

Wajah Firaun Amenhotep I

KAHERAH: Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak...

“Realiti Ekonomi Malaysia Baru”

PEMUDA Pakatan Harapan, terutama daripada AMANAH, dilihat bermati-matian menegakkan benang yang basah apabila...

Jangkitan Covid-19 Hampir 10...

BEIJING - Penggunaan metodologi baharu untuk diagnosis koronavirus (Covid-19) menyaksikan peningkatan kes jangkitan...

Laksa Malaysia Ditawarkan Di Ruang Istirahat Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Penumpang Malaysia Airlines kini boleh menikmati keenakan laksa Malaysia di ruang istirahat Golden, tempatan dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Syarikat penerbangan itu menawarkan empat jenis laksa iaitu Laksa Kari, Laksa Johor, Laksa Asam Pulau Pinang dan Laksa Sarawak, sebagai langkah untuk memperkenalkan lebih banyak citarasa tempatan kepada penumpangnya.

Ketua Produk Malaysia Airlines, Jascelena Ahmad berkata laksa merupakan satu daripada hidangan istimewa Malaysia yang disukai ramai.

“Dengan bantuan MAS Awana, kami mampu menyediakan 1200 mangkuk setiap hari untuk penumpang kami dan pada masa yang sama mengekalkan rasa istimewa laksa kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

“Kami mengesyorkan kepada penumpang kami untuk mencuba laksa yang berbeza kerana setiap menu berkenaan menawarkan rasa unik tersendiri. Setakat ini, Laksa Kari paling mendapat sambutan penumpang,” katanya.

Laksa Kari terdiri daripada laksa dalam kuah kari ayam dan dihidangkan bersama-sama udang, tauhu, tauge dan daun pudina manakala Laksa Johor, yang berasal dari negeri Johor, terdiri daripada spaghetti dalam kuah diperbuat daripada ikan dan dihidangkan bersama-sama tauge, hirisan kacang panjang, timun dan sambal.

Laksa Asam Pulau Pinang terdiri daripada laksa dalam kuah pedas dan masam diperbuat daripada ikan dan dihidangkan bersama-sama hirisan bunga kantan, nanas, timun, bawang, cili, dan daun pudina.


Laksa Sarawak pula terdiri daripada mee hoon dalam kuah santan pedas dan dihidangkan bersama-sama hirisan telur, ayam dan udang.

Empat jenis laksa ini membolehkan Malaysia Airlines memperkenalkan keenakan laksa daripada beberapa negeri di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada 7 Dis, 2015, laksa bakal menjadi hidangan istimewa di Golden Lounge. Menu laksa akan ditukar secara mingguan dengan menu laksa berbeza ditawarakan setiap minggu.

Ruang istirahat Malaysia Airlines di KLIA adalah untuk penumpang Kelas Pertama dan Bisnes, ahli Enrich Gold dan Platinum serta ahli oneworld Sapphire dan Emerald. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori