Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peminat Pokemon Go Warnakan...

POKEMON GO telah 'menguasai’ dunia dengan orang ramai sanggup mengambil risiko semata-mata kerana...

Pelan Tindakan 4 Intipati...

PUTRAJAYA - Pelan Tindakan Untuk Masyarakat India Malaysia, yang akan dilancarkan Ahad ini,...

Kalau Pergi Joging, Pasar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan mereka yang memakai ‘wristband PUI’ perlu menjalani...

Akibat Gangguan, Harga Grab...

KECOH... Semua perjalanan yang dilakukan menerusi Grab di Singapura berharga S$6 (RM18) semalam...

Ladang Ganja Seluas 6 Hektar Ditemui Di Aceh

BANDA ACEH – Pihak polis Aceh berjaya menemui ladang ganja seluas enam hektar di satu kawasan hutan terpencil di Uteun Punti di Sawang, Aceh Utara.

Jurucakap polis, Abdul Latif berkata, ladang ganja berkenaan ditemui selepas penduduk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Pada pagi Sabtu lalu, pasukan kami bertolak ke lokasi dan menemui tiga ladang ganja.

“Semua pokok ganja berkenaan ditemui dengan ketinggian 30 sentimeter hingga satu meter,” katanya.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan penemuan itu pihak berkuasa terus membuat rondaan dan menemui beberapa lagi ladang ganja.

“Kami juga menemui beberapa pondok yang dipercayai tempat tinggal penjaga ladang berkenaan.


“Bagaimanapun, pemilik dan penjaga ladang ini tidak ditemui, dipercayai sudah melarikan diri,” jelasnya.

Menurutnya, kerana terlalu luas pihaknya mengambil masa selama dua hari untuk memusnahkan ladang ganja berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori