Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM2 Juta Jenamakan Semula...

KULIM - Sejumlah RM2 juta diperlukan bagi menjenamakan semula kawasan rekreasi Air Terjun...

KPDNKK, ESSCOM Sekat Cubaan...

TAWAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau dan Kawasan...

Bayi Mati Dicekik, Ibu...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai dicekik manakala ibunya kritikal...

Ops Ponteng Tahan 19...

KAMPAR - Seramai 19 pelajar lelaki daripada beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kampar...

Labuan IBFC Sasar Tarik Lebih Banyak Pelaburan China

KUALA LUMPUR – Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan dari China di bawah inisiatif ekonomi Beijing, Satu Jalur Satu Laluan (OBOR).

Berikutan itu, Labuan IBFC akan menyertai jelajah OBOR di Beijing, Shanghai dan Tianjin bermula 30 Oktober sehingga 5 November ini bagi mempromosikan kedudukannya sebagai pusat perniagaan pertengahan pesisir.

Pengarah Risikan Pemasaran dan Komunikasi Strategiknya, Farah Jaafar-Crossby berkata Labuan IBFC juga tidak asing kepada syarikat-syarikat China, termasuk lebih 300 syarikat yang bertumpu di kawasan berkenaan.

“Di peringkat global, Labuan IBFC dilihat sebagai zon perniagaan kewangan khas di Malaysia dan bagi kebanyakan syarikat China, ia merupakan hab bagi urus niaga antarabangsa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa bank milik kerajaan China seperti Industrial and Commercial Bank of China Ltd juga beroperasi dari Labuan IBFC ketika ini.


OBOR merupakan strategi pembangunan dicadangkan oleh Presiden China, Xi Jinping yang turut menyaksikan Malaysia menjadi sebahagian daripada inisiatif itu sejak Mei lepas. – BERNAMA

Kategori