Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PCM Pertikai Tiada Tindakan...

BUKIT MERTAJAM - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mempersoal mengapa Majlis Perbandaraan Seberang...

Jika TPPA Gagal, Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjadi kenyataan, Malaysia akan...

Kak Girl ‘Curi’ Hati...

SUATU ketika dahulu, nama Humood Alkhudher sering meniti di bibir-bibir netizen apabila lagunya,...

Warisan Sabah Tanding 16...

KOTA KINABALU - Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertanding...

Kutipan Zakat Di Kelantan Meningkat 10% Tahun Lepas

KOTA BHARU – Kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 2017 meningkat 10.26 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penasihat Khas kepada Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata kutipan zakat meningkat sebanyak RM16.6 juta kepada RM179.3 juta tahun lepas berbanding RM162.7 juta pada 2016.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan bertitah 62,151 orang menunaikan rukun Islam keempat itu tahun lepas berbanding hanya 57,744 orang pada 2016.

“Jumlah dapatan paling banyak adalah daripada zakat pendapatan iaitu RM107.06 juta pada 2017 dengan jumlah pembayar seramai 49,050 orang diikuti dengan zakat perniagaan, simpanan dan harta.

“Walaupun keadaan ekonomi pada tahun lepas kurang memberangsangkan namun berkat pelbagai usaha, MAIK mampu mendapat tambahan hampir RM17 juta,” titahnya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam MAIK bersama Pengamal Media Kelantan di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi serta Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamed.


Tengku Mohamad Rizam bertitah MAIK membelanjakan RM185 juta daripada kumpulan wang zakat bagi perbelanjaan golongan asnaf termasuk fakir miskin, amil, mualaf selain projek pembangunan tahun lepas berbanding RM171.9 juta pada 2016.

Mengulas lanjut, baginda bertitah setiap sen kutipan zakat adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan setiap aktiviti yang dijalankan MAIK didedahkan kepada pengetahuan umum, sebagai membuktikan ketelusan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

Kategori