Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keadaan Kesihatan Nik Aziz...

KOTA BHARU - Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Hans Wong Mahu Dedah...

SUSULAN isu pelakon kontroversi, Tasha Shilla, 28, yang dikatakan menghantar 40 orang lelaki...

Sultan Selangor Hadiri Rumah...

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri...

Nyanyi FAM Bangsat Sebab...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara...

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Meningkat Kepada RM146j

KUALA LUMPUR – Kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM146 juta pada bulan lepas, berbanding RM57 juta pada Mei 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata ia didorong beberapa inisiatif yang dijalankan seperti pembukaan 71 cawangan PTPTN seluruh negara yang beroperasi sehingga pukul 10 malam bagi memudahkan urusan bayaran balik.

“Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan untuk bayaran balik pinjaman adalah melalui kad ATM, kad kredit dan kad debit,” katanya menjawab soalan Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah peminjam PTPTN oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Yap berkata PTPTN belum lagi bercadang untuk mewujudkan skim khas pinjaman khusus untuk golongan OKU kerana setakat ini peluang untuk meminjam adalah terbuka kepada semua warganegara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori