Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Agong Lawat...

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Nad Zainal Sah Hamil...

HAMPIR lima bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya hamil...

Lebuh Raya Dilitupi Ais...

BEIJING : Permukaan lebuh raya licin dilitupi ais mengakibatkan lebih 100 kereta bertembung...

Gerhana Matahari Separa ‘Live’...

PUTRAJAYA: Penduduk negara ini khususnya peminat astronomi berpeluang menyaksikan secara langsung kejadian gerhana...

Kurang Platform Lontarkan Pendapat Punca Anak Muda Sertai IS

SEJAK kebelakangan ini, isu rakyat Malaysia menyertai Islamic State (IS) semakin membimbangkan.

Dan jika diikutkan daripada laporan media massa sebelum ini, kebanyakan mereka yang terjebak menyertai militan IS adalah terdiri daripada golongan belia dan anak muda Malaysia.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan mereka menyertai IS adalah berpunca daripada kurangnya diberikan platform untuk melontarkan pendapat.

“Apa yang disuarakan tidak dilaksanakan. Apa yang terbuku di hati terus terbuku dek kerana takut untuk melontarkannya.

“Akhirnya jalan mudah tetapi drastik yang diambil bagi mencernakan apa yang diinginkan,” katanya memetik Sinar Harian.

Gagal mendapat kerja sebaik menamatkan pengajian juga dikatakan sebagai punca kenapa anak muda begitu mudah terpedaya dengan helah-helah serta janji-janji manis yang ditawarkan oleh pihak IS.


“Kesempitan ini dorong anak muda mengaku kalah dan sertai militan IS dengan harapan bila mati syahid nanti terjagalah mereka di akhirat kelak,” katanya.

Gerakan IS menggunakan cara halus menarik minat anak muda dengan merapati mereka menerusi akaun media sosial seperti Facebook.

Sekurang-kurangnya 500 akaun Facebook yang dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut serta cubaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjuang di negara-negara Islam yang sedang bergolak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

https://www.youtube.com/watch?v=7VQ6zKGjCQ0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori