Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apa Itu Nombor TIN...

Pada 7 Oktober 2022 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan Nombor Pengenalan...

TPM Mahu Usaha Dakwah...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Singgah Mesra Perangsang Selangor...

SHAH ALAM - Program Singgah Mesra anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Bhd yang menyasarkan...

3 GAMBAR: Bayi Ditinggal...

Kes pembuangan bayi memang bukan cerita baru dan kejadian ini berlaku di merata...

Kunci Air Baharu Perlu Dibina Di Sabak Bernam Atasi Banjir

SABAK BERNAM – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan pembinaan sebuah kunci air baharu dengan kadar segera di daerah Sabak Bernam bagi menangani kejadian banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata banyak kunci air di kawasan itu yang dibina sejak zaman merdeka dahulu, sudah uzur dan perlu diperbaiki.

“Sudah sampai masanya kunci air dibaiki atau dibuat baharu bagi mengatasi masalah banjir.

“Saya telah minta JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) untuk membuat surat dan kos yang diperlukan bagi kerja baik pulih atau bina baharu.

“Surat itu akan disampaikan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya pada sidang media selepas melawat tiga pusat pemindahan banjir di sini hari ini.

Menurut Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang, sehingga kini terdapat 46 kunci air di Sabak Bernam.


Mengulas mengenai jumlah mangsa banjir di Sabak Bernam, beliau berkata sehingga kini masih terdapat 29 keluarga menetap hampir seminggu di tiga pusat pemindahan di Dewan Seri Bernam, Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Parit Baru.

Dalam perkembangan lain, Noh menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat membuat keputusan sebelah pihak berhubung banyak perkara termasuk melibatkan peraturan memperuntukan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.

Noh berkata kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.

Katanya pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Jan lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan. – BERNAMA

Kategori