Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki China Berbaju Dalam,...

SEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, 10 lelaki di Hunan, China memilih untuk memakai baju...

PU Sendayan Bawa Transformasi...

SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara (PU)...

Lagi Gesaan ISA Diwujudkan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Video Lucah ‘Syafiq Kyle’...

INDUSTRI hiburan negara hari ini digemparkan dengan penularan klip video yang dikatakan memaparkan...

Kumpulan Utusan Sumbang RM50,000 Untuk Warga KKMM

PUTRAJAYA – Kumpulan Utusan hari ini menyumbangkan RM50,000 untuk misi bantuan pasca banjir anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerima cek sumbangan itu daripada Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Mohd Noordin Abbas.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan pegawai pengurusan tertinggi KKMM.

Sumbangan tersebut bertujuan membiayai keperluan Kelab Sukan dan Kebajikan KKMM melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih kediaman 148 warga KKMM yang terjejas dengan bencana banjir.

Mereka merupakan warga KKMM yang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) cawangan negeri dan daerah di Kelantan.


Dalam pada itu, Shabery turut bercadang mewujudkan sebuah tabung khas untuk mengumpul sumbangan untuk warga KKMM yang terjejas akibat banjir.

“Kita mesti menunjukkan keperihatinan terhadap warga KKMM yang terjejas akibat musibah banjir. Kutipan juga akan dibuat di kementerian bagi meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya pada majlis itu.

Seramai 110 peserta terdiri daripada warga KKMM termasuk jabatan dan agensi di bawahnya menyertai pasukan sukarelawan Kelab Sukan dan Kebajikan KKMM bagi membantu misi berkenaan selama empat hari mulai hari ini hingga Sabtu ini.

Sementara itu, Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman turut menerima 10 pam penyembur air bernilai RM15,000 daripada Jaring Communications Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Kemaman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori