Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengubahan Wang Haram: SPRM...

MELAKA - Pegawai kanan kerajaan bergelar 'Datuk' yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan...

Janna Nick Tuju 2...

BARU-BARU ini, Janna Nick telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada...

Kekalkan Keputusan Ketepikan Saman...

PUTRAJAYA - Cucunda  sulung Tengku Ali Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman hari ini kalah dalam...

Pesawat Singapore Airlines Terbakar,...

SINGAPURA - Sebuah pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Singapura, Singapore Airlines (SIA) menuju ke...

Kumpulan Terakhir Petugas Prasarana Ke Makkah

KUALA LUMPUR – Seramai 53 bakal jemaah daripada kumpulan terakhir petugas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci Makkah hari ini.

Prasarana dalam kenyataan berkata, mereka bertanggungjawab membantu pengurusan operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) bermula 29 Ogos ini dan membantu melancarkan perjalanan jemaah haji dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Sebahagian besar daripada mereka ditugaskan untuk Rapid Respond Team (RRT) dan ditempatkan di beberapa lokasi strategik sepanjang jajaran 18.1km MMMSL dari Arafah ke Jamrah,” kata kenyataan itu hari ini.

Seorang kakitangannya, Anuar Yusoff berkata beliau yang sudah berkhidmat lebih sedekad dengan syarikat itu bersedia untuk membantu bagi memastikan operasi tersebut berjalan lancar.

“Saya akan bekerja dengan pasukan RRT dan sudah pun dimaklumkan secara am tentang apa yang perlu dilakukan nanti di MMMSL serta cabaran-cabaran yang bakal kami hadapi daripada cuaca panas terik, bekerja pada masa yang panjang dan tidur yang tidak menentu,” katanya.


Prasarana dianugerahkan kontrak tiga tahun sejak 2015 untuk mengendalikan penyelenggaraan dan operasi perkhidmatan MMMSL yang melibatkan penggunaan 15 set tren 12 gerabak yang bergerak di atas landasan khas bertingkat.

Syarikat tersebut turut mengambil 100 pesara dan bekas kakitangan Rapid Rail, KTMB dan ERL, selain hampir 400 petugas bagi menyokong operasi itu yang bakal dimanfaatkan oleh kira-kira 350,000 jemaah haji  dari negara Timur Tengah dan Asia Selatan mulai 29 Ogos hingga 4 Sept ini. – BERNAMA

Kategori