Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Petronas Kurang Pengeluaran Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd. Ghani berkata rancangan Petroliam...

Parlimen Tak Boleh Campuri...

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar...

Azmin Dakwa PN Mampu...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di...

ABIM Puji Langkah Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan...

Kumpul Dana: 70 Pegawai, Anggota Polis Sertai TAWP

KUALA LUMPUR – Tujuh puluh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyertai Program Kembara bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena peringatan Hari Polis ke-211 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata konvoi 70 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu diketuai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah adalah misi mengisi dana TAWP yang akan digunakan membantu pesara dan bekas polis serta keluarga mereka.

Beliau berkata program kembara berkenaan akan berlangsung selama dua hari bertujuan untuk mengumpul dana TAWP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari polis ke-210 tahun lepas.

“Konvoi bermotosikal ini akan bergerak dari IPK Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor untuk makan tengah hari dan sambung perjalanan ke IPD Muar sebelum ke Maktab Teknik PDRM.

“Kemudiannya, pada hari kedua kami akan ke IPD Batu Pahat dan menghala ke Pengkalan Polis Marin Tampoi sebelum berakhir ke IPK Johor,” katanya ketika berucap pada majlis itu.


Terdahulu, Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama Mahathir Sulaiman, pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, masing-masing menyampaikan replika cek sebanyak RM100,000 kepada Zulkifli. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori