Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Kompromi Terhadap Pihak...

SOOK - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak akan berkompromi terhadap mana-mana...

2 Remaja Bawah Umur...

TEMERLOH - Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini...

Imuniti Ahli Parlimen Tidak...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terlupa...

Burger Nasi Lemak… Cukup...

MAKANAN hipster? Ingat tak tahun lepas ada banyak sangat jenis makanan hipster yang...

Kukuhkan Ketahanan Siber Untuk Hadapi Cabaran 4IR

CYBERJAYA – Keselamatan siber adalah perkara penting yang perlu diperkukuh dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Selain berpotensi untuk memperkasa, mentransformasi dan menyelaraskan semula individu serta komuniti kerana ia mewujudkan peluang baharu untuk pembangunan ekonomi, sosial dan peribadi, 4IR mempunyai cabarannya tersendiri dari segi keselamatan siber, katanya.

“Disokong oleh kemajuan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan, robotik, Internet of Things, teknologi nano dan bioteknologi, tiada keraguan lagi bahawa 4IR berpotensi memperkasa seluruh sektor dan memberi kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri.

“Bagaimanapun, seperti mana-mana transformasi, apabila kita memasuki Revolusi Perindustrian Keempat kita perlu lebih berwaspada dengan kenyataan bahawa transformasi ini tidak (akan berlaku) tanpa cabarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaannya di Forum Tadbir Urus Internet Malaysia ke-2 (MYIGF) di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad.

Forum MYIGF yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta CyberSecurity Malaysia bertujuan untuk meneroka isu dasar awam yang berkaitan dengan urus tadbir Internet yang memfokuskan kepada ekonomi digital.


Noorul Ainur berkata kegagalan teknikal dan serangan yang berniat jahat berlaku pada masa yang semakin membimbangkan dan terus meningkat, justeru tindak balas yang tidak mencukupi terhadap insiden ini akan menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan, perniagaan kerugian wang malah keselamatan negara juga dipertaruhkan.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjenayah sedang memperhebat permainan mereka sementara pelanggaran data menjadi semakin biasa dan membinasakan, ini bermakna pihak berkuasa harus bergerak pantas untuk memperkuat daya tahan siber.

“Keselamatan siber adalah tanggungjawab kolektif, jadi kita perlu bertindak bersama kerana dengan menjaga keselamatan sistem kita, kita bukan sahaja membantu orang lain tetapi diri kita sendiri,” katanya. -BERNAMA

Kategori