Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Misi Pasca Banjir Bantu...

KUALA LUMPUR - Team Salute Malaysia akan melancarkan Misi Pasca Banjir Zon Utara...

Pantau Kualiti Udara Gunakan...

KUALA LUMPUR – Tentu ramai masih ingat peristiwa jerebu melanda Malaysia dan negara-negara...

Kem JDT Terpalit Virus...

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair...

KRT Digalak Bergiat Aktif...

SEREMBAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini digalakkan aktif mengadakan program...

KUIN Perlu Sedia Perancangan Teratur Hadapi Cabaran Ekonomi

BALING – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) perlu menyediakan perancangan teratur bagi berdepan pelbagai cabaran dan landskap pengajian tinggi di Malaysia, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ini termasuk cabaran kegawatan ekonomi global yang menyaksikan pelaksanaan teori-teori sedia ada tidak mampu diterjemahkan kepada penyelesaian yang efektif.

“Ini memerlukan perubahan serta anjakan paradigma di semua peringkat pengurusan institusi pendidikan tinggi. Di samping pembangunan akademik yang bermutu tinggi, kelestarian kewangan juga perlu diambil kira sebagai salah satu kejayaan pengurusan,” katanya.

Beliau berucap pada Istiadat Konvokesyen Ke-17 KUIN di Kuala Ketil di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Katanya kebolehpasaran seluruh program pengajian yang ditawarkan institusi milik kerajaan negeri itu perlu dilihat sebagai satu daripada medium promosi yang berkesan, termasuklah program francais serta jalinan serantau melalui program pertukaran pelajar.

KUIN, katanya mempunyai ‘pasaran istimewa’ yang kukuh, bukan sahaja dalam jurusan pengajian Islam, malah Muamalat, Teknologi Maklumat, Hospitaliti dan Perkhidmatan Makanan Halal dan Perubatan.


Jurusan berkenaan menjadi fokus utama keperluan pasaran pada masa kini, terutama bagi keperluan negara dan khasnya Kedah menjelang tahun 2020, katanya.

Mukhriz berkata kerajaan negeri akan terus memberi komitmen bagi memperkasa pendidikan seimbang terutama dalam menjadikan KUIN sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam yang terunggul dan dihormati di rantau ini.

Justeru, beliau berharap graduan KUIN mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan majikan untuk digunakan dalam pasaran pekerjaan kelak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori