Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Keuntungan Bersih Suku Ke-3...

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga...

AS Turunkan Kadar Faedah...

WASHINGTON - Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar dan melancarkan...

Lebih 50 Syarikat Terkemuka...

KUALA LUMPUR - Lebih 50 syarikat koporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah...

Usaha Perlu Dilakukan Atur...

KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia...

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi

KUCHING – Seseorang pelajar perlu banyak membaca buku serta berkomunikasi dalam bahasa Ingeris supaya boleh menguasai dan lulus bahasa tersebut dengan cemerlang, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata tidak perlu untuk seseorang pelajar menghadiri kelas tuisyen untuk lulus mata pelajaran bahasa Inggeris kerana dalam dunia siber sekarang banyak sumber daripada internet boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan masing-masing.

“Belajar bahasa Inggeris sama juga dengan kita belajar bahasa Arab di mana kita perlu banyak membaca dan bertutur menggunakan bahasa berkenaan sama ada dengan rakan atau anggota keluarga kita sendiri,” katanya ketika merasmikan majlis penangguhan Seminar Keibubapaan anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Satok di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, pelajar-pelajar zaman beliau berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik disebabkan mereka memiliki kerajinan membaca dan mempraktikkannya dalam pertuturan harian.

“Dahulu tidak ada internet dan kekurangan bahan bacaan tetapi pelajar dahulu sanggup berbaris ke British Council untuk meminjam buku semata-mata mahu meningkat penguasaan bahasa Inggeris,” kata beliau.

Sehubungan itu, Abang Johari yang juga pengerusi PBB Cawangan Satok berjanji menambah bahan bacaan bahasa Inggeris di Pusat Sumber Tun Openg di Kampung Bintangor bagi kegunaan para pelajar kawasan pilihan raya Satok.

Sementara itu, Abang Johari berkata kecemerlangan institusi keluarga akan menjurus kepada sebuah masyarakat dan negara yang cemerlang.


“Yang penting kita harus bijak dalam menguruskan keluarga masing-masing untuk melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang dan dihormati kerana ia seterusnya akan melahirkan masyarakat dan negara yang cemerlang serta dihormati,” tegas beliau.

Kepada golongan ibu bapa, Abang Johari menasihatkan mereka agar sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak mereka untuk menimba ilmu ke peringkat tertinggi sekali.

Beliau berkata, hanya individu yang berpelajaran tinggi akan dihormati dalam masyarakatnya serta berjaya dalam kehidupan.

Sementara itu, Senator Datuk Dayang Madinah Tun Openg dalam ucapannya melahirkan kebimbangan beliau terhadap kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan menggesa pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengambil inisiatif bagi meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah masing-masing.- BERNAMA

https://youtu.be/FDQPXMKFs14

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori