Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas 33 Kereta...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33 buah kenderaan mewah dipercayai kenderaan klon bernilai RM3...

252 Skim Perkhidmatan Awam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia...

Atlit Olimpik AS Gila...

KAEDAH rawatan tradisional berbekam kini menjadi kegilaan dalam kalangan atlit Amerika Syarikat (AS)...

TLDM Lancar Sistem Pemantauan...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi pelopor dalam perkhidmatan cabang...

Kuala Lumpur 2017 Platform Teroka Pasaran ASEAN

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis sasaran penajaan RM80 juta daripada sektor swasta untuk temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN (APG) 2017, Kuala Lumpur 2017 akan berjaya dicapai.

Beliau berkata Kuala Lumpur 2017 menjadi tumpuan syarikat yang sedang mencari peluang untuk meneroka pasaran Asia Tenggara.

“Akan ada lebih daripada 7,000 atlet Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang bertanding untuk lebih kurang 700 acara di 25 lokasi yang bakal disaksikan oleh sekurang-kurangnya 400 juta orang.

“Ini semestinya pendedahan yang akan membawa impak positif kepada penaja dan produk mereka,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian penajaan RM3 juta antara Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA dan 100Plus di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Khairy dan Naib Presiden Kanan, Operasi Komersial F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Lai Ming Kong menyaksikan perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Ali dan Pengurus Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin.

Khairy menjelaskan penajaan RM3 juta yang dimeterai hari ini adalah RM1 juta dalam bentuk tunai, RM1 juta produk minuman 100Plus yang akan dibekalkan kepada atlet dan baki RM1 juta dalam bentuk promosi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN dalam tempoh setahun sebelum temasya.


Mengenai senarai sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada temasya sukan berkenaan, beliau berkata senarai tersebut akan dimuktamadkan petang ni dan dijangka diumum minggu depan.

Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori