Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara...

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi...

Penubuhan Malaysia Bawa Faedah...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu telah membawa banyak peluang ekonomi...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar US...

Darjah, Pingat Pahang Perlu...

PEKAN - Semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang...

Ku Chin Wah Didakwa Gagal Isytihar Perolehan Komisen Hampir RM1 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah didakwa hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah hampir RM1 juta tiga tahun lalu.

Ku, 58, yang kini berkhidmat di bahagian urusetia JSJ Bukit Aman, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

“Faham dan saya minta bicara,” katanya yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam.

Terdahulu, Ku kelihatan ceria dan tersenyum ketika masuk ke bilik bicara di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013 yang mana tertuduh gagal mengisytiharkan perolehan dari komisyen berjumlah RM961,500 di dalam surat akuan bersumpahnya bertarikh 8 Jan 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menawarkan wang jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berdasarkan penalti di bawah seksyen berkenaan.


Ku yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent bagaimanapun berkata jumlah itu adalah tidak wajar dan memohon jumlah jaminan yang munasabah mengambil kira beberapa faktor termasuk tertuduh langsung tidak ada kebarangkalian melarikan diri.

“Tujuan jaminan hanyalah untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah. Tertuduh adalah wargan Malaysia dan merupakan seorang penjawat awam yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tertuduh juga masih lagi berkhidmat dalam PDRM di bahagian JSJ Bukit Aman.

Sepanjang siasatan selama dua setengah tahun, tertuduh telah dipanggil beberapa kali dan hadir ke SPRM tanpa gagal termasuk yang terakhir pada 21 Jan (semalam),” hujahnya.

Geethan Ram berkata tertuduh juga nekad membersihkan namanya di mahkamah dan memohon mahkamah membenarkan wang jaminan RM10,000.

Hakim Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori