Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasatan Pembelian Scorpene Lancar

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar...

33 Ahli Geng 24...

KLANG - Seramai 33 anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apachee dihadapkan ke...

[TIDAK RASMI] BN Kuasai...

JOHOR BAHRU : Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai 31 Dewan...

KPM Kaji Skim Sarapan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma...

KSN Nafi Isytiharkan Cuti Pada 13 Disember Ini

KUALA LUMPUR – Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am.

Pejabat KSN dalam kenyataan hari ini berkata kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr. Ali Hamsa seperti yang diviralkan.

“Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am,” kata kenyataan itu.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Dis ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan.


Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori