Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bola Sepak Indonesia: Kematian...

JAKARTA - Bola sepak Indonesia terus tercemar dengan insiden kematian penyokong bola sepak...

Bajet 2015: RM2.26B Diperuntuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.26 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga...

VIDEO : Presiden PAS...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini difahamkan sudah mula memberi penjelasan...

Cadangan Kompaun, Penalti Tak...

PUTRAJAYA - Cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu...

Kru Feri Cedera Dipukul Sekumpulan Lelaki

GEORGE TOWN – Seorang kru feri cedera dipukul sekumpulan lelaki semasa feri Pulau Pinang hendak berlabuh di terminal feri Raja Tun Uda di Weld Quay di sini malam tadi.

Kejadian pada 9.45 malam itu menyebabkan lelaki berusia 38 tahun itu cedera di muka dan patah tulang rusuk kiri akibat dipukul dengan topi keledar, kaki dan tangan. Dia dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kru feri berkenaan hendak membuka pintu dek bawah ketika feri merapat untuk berlabuh dan pada masa itu terdapat kira-kira 11 lelaki berkumpul di depan pintu dek.

“Kru feri itu memberitahu mereka agar beredar dari tempat berkenaan kerana ingin membuka pintu dek (tetapi) dia tiba-tiba ditolak dari arah belakang dan badannya terkena seorang daripada mereka.

“Kumpulan lelaki terbabit bertindak kasar dengan memukul kru feri beramai-ramai menggunakan topi keledar,” katanya di sini hari ini.


Mior Faridalatrash berkata kru feri berkenaan cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke bilik pegawai bertugas tetapi kumpulan lelaki terbabit mengejarnya serta terus memukul kru feri berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat orang awam yang melihat kejadian itu tetapi tidak mempedulikannya atau cuba membantu…kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara kru feri itu dengan seorang daripada lelaki terbabit,” katanya.

Beliau berkata kru feri itu tidak dapat mengecam lelaki yang menyerangnya dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori