Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar Ulangi Sandiwara Bulan...

SHAH ALAM - Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pedersen Lennon the real...

Starting in your composition before beginning composing an article, you have to decide...

Monorel Tergendala: Lepas Tayar...

KUALA LUMPUR - Sebuah tayar getah monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa...

JKR Pantau Kawasan Cerun...

GEORGETOWN - Jabatan Kerja Raya (JKR) meningkatkan pemantauan di kawasan cerun berisiko berlaku...

Krisis Prestasi Real Madrid Memuncak

MADRID – Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius, namun tetap mempertahankan kedudukan ketua jurulatihnya, Santiago Solari selepas tewas 0-2 kepada Real Sociedad pada aksi La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut meletakkan Madrid di kedudukan kelima liga ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Barcelona selepas berdepan 18 perlawanan musim ini.

“Terlepas peluang untuk menjaringkan gol dan gagal mempamerkan gandingan yang baik di atas padang ketika bermain di laman sendiri telah memberikan peluang kepada pasukan lawan untuk mencatatkan kemenangan di Bernabeu.

“Kami perlu duduk dan berbincang berhubung masalah yang berlaku dalam pasukan. Ia bukan satu perkara yang biasa dalam pasukan kerana situasi ini bukan kali pertama berlaku dalam pasukan.

“Jalan penyelesaiannya perlu segera dicari selain ramai pemain yang gagal menunjukkan kemam-puan sebenar mereka.


“Kami perlu memperbaikinya dan mengambil sepenuh tanggungjawab akan masalah yang berlaku dalam pasukan kali ini.

“Memang sukar untuk menghadapinya, namun saya percaya perkara ini akan menyatukan kita semua selepas ini,” kata Modric. – Agensi

Kategori