Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kapal Kargo UAE Karam...

TEHRAN – Sebuah kapal kargo dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) karam kira-kira 50...

Hina Nabi Muhammad: Laporan...

KUANTAN - Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan hari ini membuat laporan polis terhadap...

PAS Kekal Dalam Kerajaan...

SHAH ALAM - PAS Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, meskipun PAS...

Shamsul Iskandar Calon Ke-18...

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin melengkapkan...

Krisis FGV: SPRM Tiba Di Menara Felda

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai daripada SPRM tiba di ibu pejabat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di sini untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap syarikat itu.

Dokumen berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan yang akan dijalankan terhadap dakwaan salah laku syarikat terbabit.

Empat pegawai SPRM dilihat tiba di perkarangan pejabat FGV dan dibawa oleh polis bantuan ke ibu pejabat FGV di tingkat 45 Menara Felda.

Selang beberapa minit kemudian beberapa lagi pegawai SPRM tiba di pejabat itu yang kemudiannya turut diiringi naik oleh polis bantuan.

Semalam, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad meluangkan masa empat jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan.

Ia berhubung dakwaan salah laku dirinya yang melibatkan transaksi perniagaan dengan Delima Oil Product Sdn. Bhd., yang merupakan sebuah syarikat subsidiari FGV.


Kelmarin, Zakaria serta tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qxDcDKZSLs0

Kategori