Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembangkang, Kem Muhyiddin ‘Main’...

KUALA LUMPUR - Pembangkang mengambil kesempatan daripada penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Najwa Makin Matang, ‘Jauh’...

SUATU masa dahulu, industri muzik tempatan pernah dilanda 'demam' lagu Cinta Muka Buku...

PKP Fasa Kedua Tamat...

KUALA LUMPUR - Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April...

Polis Siasat Kes Lepaskan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai...

KPWKM Nafi Kenaikan Yuran Taska Seperti Dihebahkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan adanya kenaikan yuran taska tahun hadapan seperti yang disebarkan menerusi laman sosial.

Malah kementerian juga mempersoalkan kewujudan Persatuan Tadika Taska Malaysia yang turut menyebarkan anggaran kenaikan yuran itu di media sosial.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika menafikannya berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan yuran harus melalui kementerian itu bagi memastikan bayaran yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa.

“Kita pun tidak pasti dari mana datang nama Persatuan Tadika Taska Malaysia itu kerana buat masa ini hanya ada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Seminar Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor 2015 di sini, hari ini.

PH03_290814_TADIKA

Menurut Rohani kementerian sedang memeriksa status Persatuan Tadika Taska Malaysia berkenaan kerana taska di setiap negeri perlu berdaftar dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.

“Kita juga telah maklumkan perkara itu kepada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia bagi mendapatkan maklumat daripada persatuan atau negeri mana punca berita yang tidak benar seperti itu boleh tersebar,” katanya.

Dalam pada itu, Rohani berkata kementeriannya juga telah menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi menangani masalah berkaitan taska termasuk soal yuran dan prosedur operasi standard yang diketuai timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun.


“Mereka kerap bermesyuarat dan Mei Fun akan memaklumkan kepada saya setiap sebulan sekali hasil mesyuarat dan setakat ini tidak pernah dimaklumkan mengenai isu kenaikan yuran,” katanya.

Rohani turut menambah persatuan taska tidak boleh berpakat sesama mereka mengenai yuran atau mereka bakal berhadapan dengan dakwaan mengikut Akta Persaingan 2010.

Dalam pada itu, menteri itu berkata berdasarkan perangkaan Lembaga Kaunselor hanya seramai 6,905 kaunselor yang berdaftar sehingga tahun ini iaitu nisbah seorang kaunselor untuk 4,983 penduduk.

“Ini menunjukkan jurang antara penduduk dengan kaunselor berdaftar amat besar dan menyebabkan capaian kepada perkhidmatan kaunseling profesional agak terhad,” katanya.

Lembaga Kaunselor mengunjurkan untuk mendaftarkan seramai 11,000 kaunselor dengan nisbah seorang kaunselor profesional bagi setiap 2,945 penduduk berdasarkan anggaran populasi 32.4 juta orang menjelang 2020. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori