Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Padam Kebakaran Gunung...

ALOR SETAR - Operasi memadam kebakaran hutan di Gunung Pulai, Baling yang berlarutan...

Asyraf Wajdi Berdepan 3...

PASIR PUTEH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi...

1,284 Mangsa Di 30...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,284 orang daripada...

Rakyat Mahu Kerajaan Negeri...

SAMARAHAN: Sarawak memerlukan kestabilan politik untuk terus maju sekali gus memastikan rakyat hidup...

KPM Kehilangan Seorang Guru Yang Hebat

BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan seorang guru yang hebat berikutan pemergian Catherine Janet Tiwi yang terkorban selepas menyelamatkan dua rakan gurunya dalam kebakaran di kuarters kediaman Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu, pada Rabu lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata semangat yang ditunjukkan oleh Catherine, 25, amat jarang dimiliki, malah dimaklumkan, mendiang sendiri yang memohon untuk berkhidmat di sekolah pedalaman.

“Saya datang hari ini bagi pihak KPM dan Menteri (Dr Maszlee Malik) untuk kirim takziah kepada keluarga mendiang Cikgu Catherine. Kita kehilangan seorang guru yang hebat, satu kehilangan besar kepada KPM kerana saya dimaklumkan dia sendiri yang pilih untuk pergi ke kawasan Pedalaman 3 untuk menjadi seorang guru.

“Kita memang kurang guru yang bercita-cita seperti itu, memang ramai berhasrat untuk menjadi seorang guru tetapi tidak banyak yang sudi pergi ke kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Catherine di Kampung Skio di sini hari ini.

Mengulas mengenai laporan awal bomba kebakaran itu dipercayai akibat litar pintas, Teo berkata KPM memberi perhatian serius kepada masalah itu akan perkara tersebut akan dibawa untuk makluman pihak kementerian.

“Kita akan bawa isu SK Batu Bungan kepada makluman KPM Putrajaya dan Menteri. Kita akan pastikan prasarana dan infrastruktur di sekolah tersebut dijaga, ini termasuk di sekolah-sekolah lain supaya tragedi ini tidak berlaku lagi.

“Ada kira-kira 3,000 sekolah daif di seluruh negara, kita akan cari jalan supaya sekolah daif ini dinaik taraf secepat mungkin. KPM di bawah kerajaan Pakatan Harapan komited untuk atasi isu ini tetapi kita perlu masa yang panjang sedikit untuk mencari rancangan yang lebih teliti,” kata Teo.


Beliau turut membayangkan Dr Maszlee akan turun sendiri ke Sarawak untuk melihat permasalahan yang berlaku di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Dia (Dr Maszlee) memang berhasrat untuk datang sebagai tanggungjawab kita bukan ke Sarawak sahaja tetapi juga Sabah dan seluruh Malaysia. Sekarang persidangan Parlimen masih berjalan sebab itu kami tidak dapat pergi.

“Saya juga sudah janji dengan Anggota Parlimen Sibu Oscar Oscar Ling Chai Yew untuk pergi ke kawasannya melawat sekolah kurang murid, melihat kelemahan dan apa yang kita boleh lakukan untuk tambah baik lagi. Tetapi tidak sangka sebelum turun berlakunya tragedi ini, percayalah… menteri sememangnya nak turun untuk lihat sendiri keadaan di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, bapa mendiang Tiwi Nios mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan banyak pihak ketika keluarga itu bersedih dengan kejadian yang berlaku.

“Terima kasih kepada pihak bomba, polis, hospital yang semua yang membantu. Semalam pun saya ada terima pesanan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp daripada Pejabat Perdana Menteri, mereka sampaikan ucapan takziah dan mereka juga akan hantar ucapan secara rasmi menerusi emel,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Guru

Kategori