Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 4 Nelayan...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat...

Malaysia Kemuka Pencalonan Untuk...

SEPANG - Malaysia memutuskan untuk mengemukakan pencalonan untuk dipilih semula menganggotai majlis pentadbir...

Raja Muda Perlis Nasihat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat hanya...

584 Pelajar IPT Dihantar...

SERAMAI 584 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dihantar pulang ke kampung halaman...

KPKT Sedia Lanjutkan Tempoh Sewaan RT1M Pinggiran Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh sewa bagi kumpulan pertama penduduk Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) Pinggiran Bukit Jalil di sini sehingga akhir tahun ini.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata tempoh sewa bagi kumpulan pertama sebanyak 162 orang itu sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini selepas genap dua tahun.

RT1M adalah bagi membantu pasangan muda baharu berkahwin yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dengan kos sewaan rendah bagi meringankan beban mereka.

Noh berkata setakat ini, pihaknya menerima 111 rayuan daripada 162 penyewa terbabit untuk melanjutkan tempoh sewaan mereka.


“Jaminan sambung sewa ini adalah sehingga akhir tahun ini sehinggalah satu dasar baharu yang akan diberitahu kemudian,” katanya dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra Penduduk RT1M di sini, malam ini. Turut hadir timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Noh berkata kadar sewa RT1M bagi penyewaan yang dilanjutkan itu tidak akan dinaikkan dan kekal RM250 sebulan. – BERNAMA

Kategori