Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bawa Teman Wanita Masuk...

DUNGUN - Demi memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan...

Letusan Gunung Berapi Rinjani:...

DENPASAR - Lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai di Bali terpaksa ditutup kepada semua penerbangan...

Pengasuh Ahnaf Hanafi Tak...

KUANTAN - Pengasuh kepada kanak-kanak Ahnaf Hanafi Mohd Haniff, yang mati selepas dihantar...

Program Kesihatan Mental Perlu...

KUALA LUMPUR - Program berkaitan kesedaran kesihatan mental perlu ditingkatkan dalam usaha menangani...

KPDNKK Tubuh Pasukan Petugas Khas Selesai Isu Caj Royalti

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu caj pelesenan terlalu tinggi terhadap peniaga kecil.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata pasukan itu akan turut membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas antara pihak pemungut royalti dan pihak yang membayar royalti daripada pelbagai aspek seperti bayaran yang dikenakan.

“Sekarang ini, kita tidak mempunyai satu badan khusus yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan ini, dan untuk menjaga kedua-dua pihak iaitu industri hiburan dan pihak yang menerima hiburan tersebut, kita tubuhkan pasukan ini.

“Pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) juga perlu melihat semula Akta Hak Cipta 1987 supaya penguatkuasaan dapat diselaraskan dengan lebih teratur,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Pembiayaan Harta Intelek di sini hari ini.

Katanya lesen kepada empat badan yang diisytiharkan oleh MyIPO untuk membuat kutipan royalti bagi ahli-ahli mereka terdiri daripada komposer, penulis
lirik, syarikat rakaman, penyanyi dan pemuzik ialah Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad dan Performers Rights and Interest Society (PRISM) Berhad.


“Walaupun lesen telah dikeluarkan, namun, kita masih tidak jelas bentuk tindakan susulan yang boleh diambil ke atas semua pemungut hasil royalti ini, sama ada telah melakukan pelanggaran tugas yang diberikan atau sebaliknya.

“Oleh itu, kelemahan-kelemahan yang timbul ini akan diperketat dan ditambah baik oleh KPDNKK dan MyIPO dalam tempoh yang dijanjikan untuk menyelesaikan isu terbabit,” katanya.

Peruntukan undang-undang Akta Hak Cipta 1987 menyediakan platform melalui Tribunal Hak Cipta untuk membolehkan mana-mana pihak yang terlibat mengemukakan rujukan kes untuk semakan semula tarif/skim pelesenan yang ditawarkan oleh mana-mana Badan Pelesenan.

Awal bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong menyarankan badan pelesenan royalti tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengutip bayaran daripada premis perniagaan yang bukan bertujuan komersil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori