Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ye Ke Rogol.. Lelaki...

Seorang lelaki berumur 19 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis...

Rela Dipecat Guru Daripada...

SEORANG guru tadika telah dipecat selepas dia enggan berhenti daripada menjadi pelakon filem...

OKU Maut, 20 Cedera...

WARSAW - Seorang maut, manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa...

Polis Bongkar Makmal Dadah,...

GEORGE TOWN - Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan seorang lelaki serta...

KPDNKK Terengganu Terima 4 Aduan Berhubung GST

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menerima empat aduan kesalahan peniaga yang masih mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus sejak 1 Jun lepas

Timbalan Pengarahnya, Zulfamy Mat Udi berkata dua aduan diterima semalam dan masing-masing satu aduan diterima pada 1 dan 2 Jun.

“Aduan yang diterima ialah harga barangan tidak diturunkan oleh premis walaupun cukai GST telah berkadar sifar. Oleh itu, KPDNKK Terengganu mengeluarkan empat amaran dan sembilan notis Seksyen 53A di empat premis tersebut,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pemeriksaan harga barang di pasar raya Giant di sini hari ini.

Katanya pegawai penguat kuasa KPDNKK Terengganu telah memeriksa 441 premis perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan 11,550 barangan serta perkhidmatan juga telah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata pihaknya turut membuka bilik gerakan sejak 1 Jun lepas, pada setiap hari hingga 10 malam di KPDNKK negeri dan 6 petang di KPDNKK cawangan.


Orang ramai yang mengesan sebarang kesalahan peniaga berhubung GST boleh hubungi bilik gerakan ini pada talian 09–6204679 (KPDNKK Negeri / Cawangan Kuala Terengganu), 09-6902203 (Cawangan Besut), 09-8502457 (Cawangan Kemaman) dan 09-8453586 (Cawangan Dungun).

Zulfamy juga mengingatkan agar semua peniaga mematuhi peraturan kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan menerusi beberapa akta seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna. – BERNAMA

Kategori