Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sarawak Wartakan Taman Negara...

SEMATAN - Sarawak mewartakan Luconia Shoals sebagai taman negara marin yang terletak di...

Remaja Boleh Pusingkan Kepala...

CHANDIGARH, India – Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur...

Hubungan Hafreez Adam, Zara...

“SAYA akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang...

3 September Untuk Hujahan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 3 Sept bagi mendengar hujahan...

KPDNKK Perlu Cari Mekanisme Untuk Turunkan Harga Barang

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai mekasnisme tertentu bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol dan diesel ketika ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kementerian itu boleh mengadakan perbincangan bersama peniaga bagi menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel itu.

“Peniaga Bumiputera seharusnya menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan untuk itu mereka sepatutnya turut melakukan perkara yang sama terhadap pengguna, bukannya terus mengaut keuntungan yang berlebihan,”katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu, beliau menyarankan supaya Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 sekiranya peniaga tetap tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.


Berkuat kuasa pada Ahad, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=2untHp2o8RM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori