Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Pastikan Telus...

PUTRAJAYA - Penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd bagi urusan penghantaran kertas undi pos...

Pekerja Curi Selipar Jepun...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pendawaian elektrik dihukum penjara tiga hari dan denda...

Korea Mahu Golf Tanpa...

SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan menggesa semua pengendali lapangan padang golf di...

Wow.. Cuma 4 Jam...

ALOR SETAR - Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar,...

KPDNKK Melaka Rampas Pelbagai Barangan Bernilai Lebih RM1 Juta

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM1 juta atas pelbagai kesalahan bagi tempoh 1 Jan hingga semalam.

Pengarahnya Mohd Faisal Rahman berkata daripada jumlah itu, kira-kira RM1.01 juta melibatkan rampasan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011 (RM23,125), Akta Hakcipta 1987 (RM15,450), Akta Timbang dan Sukat 1972 (RM5,620) dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (RM5,470).

“Kes terbaharu melibatkan rampasan 60,000 liter diesel bernilai kira-kira RM1 juta di sebuah jeti haram di Telok Mas yang diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita juga telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM23,200 dan denda bernilai RM7,400 melibatkan 21 kes dalam tempoh yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skim Kawalan Harga musim perayaan Tahun Baru Cina peringkat negeri di Pasar Besar Melaka Sentral di sini hari ini.

Mohd Faisal berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam juga, pihaknya menerima 78 aduan dengan 32 kes masih dalam siasatan manakala 42 kes ditutup, tiga kes dirujuk ke agensi lain dan satu kes dibawa ke Tribunal Pengguna.

Beliau berkata bagi tempoh yang sama, pihaknya telah memeriksa 1,230 premis perniagaan di sekitar kawasan bandar di negeri ini.


Mohd Faisal juga berkata peti aduan KPDNKK akan ditempatkan di 28 pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Melaka (Japerun) dan Kompleks Penghulu di sekitar negeri itu bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Beliau berkata pengguna juga boleh menyalurkan aduan di kaunter KPDNKK Melaka yang dibuka di Pasar Besar Melaka Sentral, Pasar Awam Jasin dan Pasar Awam Alor Gajah terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina antara jam 8.30 pagi dan 5 petang.

“Tindakan segera akan dilakukan anggota penguat kuasa kita yang bertugas di kaunter berkenaan. Inisiatif ini bagi mengelak dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak beretika,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bekalan barangan keperluan terutama minyak masak, gula dan tepung gandum sempena Tahun Baru Cina adalah mencukupi.

Katanya mengikut rekod sebanyak 20,129 kilogram (kg) minyak, gula (7,584kg) dan tepung gandum (3,919kg) berada di pasaran negeri itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori