Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Amal `Double Standard’...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud menuduh kerajaan...

Derita Kencing Manis Kronik,...

TERPAKSA mengengsot di dalam rumah, itulah penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh Mahathir Mohammad,...

Penunggang Dirundung Nasib Malang...

SUDAH kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. Itulah peribahasa yang sesuai...

Malaysia Kaji Semula Beli...

BAGAN DATUK - Kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan daripada negara-negara anggota Kesatuan...

KPDNHEP Rampas Diesel Bersubsidi

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menumpaskan sindiket membeli diesel subsidi dengan merampas 350 liter diesel dalam operasi di sebuah stesen minyak di kawasan Kelapa Sawit dekat Kulai, semalam.

Pengarahnya Khairul Anwar Bachok berkata dalam operasi 2.15 petang itu, anggota penguat kuasa KPDNHEP mendapati seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki kenderaan pacuan empat roda dan melihat ruangan kargo bahagian belakang tersebut yang bertutup dan mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan tangki simpanan di ruangan belakang kenderaan terbabit, selain terdapat pam motor yang dipercayai untuk menyalurkan minyak diesel secara automatik daripada tangki asal ke tangki tambahan, katanya ketika ditemui di stor KPDNHEP di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu ditahan dan kenderaan tersebut disita, keseluruhan rampasan termasuk diesel dan kenderaan terbabit dianggarkan bernilai kira-kira RM40,800.

Katanya ketika ditahan, suspek sudah mengisi 350 liter diesel, yang mana tangki tersebut mampu memuatkan hingga 500 liter diesel dan suspek dipercayai membeli diesel itu pada harga bersubsidi iaitu RM2.18 seliter berbanding harga jualan untuk industri sebanyak RM2.40 seliter.


Khairul Anwar berkata lelaki itu kini ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya turut merampas 14 kotak produk kesihatan jenama ‘CellMaxx’ dipercayai tiruan dianggarkan bernilai RM1,680 di sebuah premis perniagaan di Bandar Baru Uda, di sini.

Katanya produk tersebut dipercayai tiruan memandangkan ia tidak lagi dipasarkan di Malaysia sejak 2017 serta hanya dipasarkan di Brunei, Indonesia serta Singapura dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. – BERNAMA

Kategori