Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Susut

NEW YORK - Niaga hadapan minyak jatuh lebih daripada 4% dalam dagangan hari...

Muhammad Aqil Raja Pecut...

IPOH – Atlet Selangor Muhammad Aqil Yasmin meraih gelaran raja pecut Sukan Malaysia...

SPRM & Idris: Harapan...

KINI imej FGV bergantung penuh pada siasatan Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi membersihkan...

Di Thailand Kena Buat...

THAILAND sebelum ini pernah menjalankan peraturan unik di mana sesiapa yang ditangkap kerana...

Kota Baharu Bakal Miliki Bandar Pelancongan

KOTA BAHARU – Syarikat pemaju hartanah, Auei Teras Holdings Sdn Bhd merancang membangunkan bandar pelancongan ‘International Ideopolis Longevity City (IILC)’ bernilai RM3 bilion di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Rita Sarbani Ismail berkata projek itu yang menggabungkan tiga komponen utama iaitu pendidikan, pembangunan keusahawanan dan jagaan kesihatan akan dibangunkan di atas kawasan seluas 104 hektar.

IILC akan dibangunkan dengan kerjasama Shaanxi Yilan Enterprise Group dari Xian, Wilayah Shaanxi, China dan Al-Hijrah Trust dari Birmingham, United Kingdom menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai 1 Nov lalu di Xian, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya projek yang akan dibangunkan dalam lima fasa dijadual bermula 2016 dan mengambil masa 15 tahun untuk siap sepenuhnya.

Apabila siap kelak, IILC akan mempunyai sebuah menara ilmu setinggi 60 tingkat dan empat menara lain dengan ketinggian 15 dan 20 tingkat, katanya.


“Kami sekarang sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri Kelantan bagi kawasan yang dimohon untuk pembangunan IILC itu,” katanya.

Selain itu, Rita Sarbani berkata di bawah MoU tersebut juga ketiga-tiga syarikat akan membangunkan pusat pengajian bahasa dikenali ‘Global Education Multivarsity and Language College’ di Xian yang menawarkan pengajian pelbagai bahasa seperti Mandarin, Inggeris, Melayu, Arab, Perancis dan Jepun.

“Pengambilan pertama pada September tahun depan dan bagi peringkat permulaan ini dijangka menempatkan 600 pelajar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori