Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

43 Askar Pengaman PBB...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Kumpulan militan yang memerangi tentera Syria menahan seramai...

Zakir Tak Dibenar Ceramah...

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di...

PKR Dahulu Hanya Parti...

SHAH ALAM - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata parti berkenaan...

Muka Kuda Cedera, Lekat...

SEEKOR anak kuda berusia lapan bulan yang cedera di muka akibat diserang dengan...

Kosmo! Terus Naik, Metro Pula Jatuh Paling Teruk

KUALA LUMPUR – Edaran purata bersih harian akhbar-akhbar di seluruh Malaysia dari Julai sehingga Disember 2014 lalu mencatatkan kemerosotan besar, kecuali Kosmo! dan Kosmo! Ahad yang bertambah baik.

Laporan terkini dikeluarkan agensi Audit Bureau of Circulations (ABC) pada Rabu turut menunjukkan kejatuhan semua akhbar termasuk yang bukan berbahasa Melayu sepanjang tempoh separuh akhir tahun pada tahun lalu.

Untuk segmen akhbar berbahasa Melayu, kajian oleh firma audit antarabangsa itu mendedahkan, Metro Ahad mencatatkan penurunan yang paling teruk pada tempoh tersebut berbanding data enam bulan pertama 2014.

Gambar hiasan

Akhbar mingguan itu merekodkan jualan bersih hanya 276,885 naskhah dari Julai sehingga Disember lalu dibandingkan dengan 328,700 naskhah untuk separuh tahun pertama 2014; iaitu kejatuhan 51,815 naskhah.

Manakala Harian Metro meskipun sebagai akhbar harian Melayu paling laris tetapi cuma dijual 266,403 naskhah untuk enam bulan terakhir 2014 berbanding 313,690 naskhah pada separuh pertama; iaitu turun 47,287 naskhah.

Mingguan Malaysia kekal sebagai akhbar Melayu paling popular dengan 353,647 naskhah sepanjang enam bulan terakhir 2014; biarpun kurang 7,272 naskhah iaitu 360,919 naskhah dari data Januari sehingga Jun tahun lalu.

Gambar hiasan

Untuk separuh kedua tahun lalu, Sin Chew Jit Poh merupakan akhbar paling laris di Malaysia dengan edaran 357,387 naskhah, dan The Star muncul akhbar berbahasa Inggeris popular dengan rekod 286,436 naskhah.

ABC dalam laporan tahunan tersebut turut menyatakan, akhbar harian Utusan Malaysia pula merekodkan jualan 166,503 naskhah, berbanding 171,663 naskhah dalam tempoh enam bulan pertama 2014; jatuh 5,160 naskhah.


Keadaan lebih teruk dialami Berita Harian (BH) apabila mencatatkan edaran 109,088 naskhah pada separuh tahun kedua; kurang 16,426 naskhah iaitu 171,663 naskhah yang direkodkan dari Januari sehingga Jun tahun lalu.

Situasi buruk turut dicatatkan akhbar edisi mingguannya iaitu BH Ahad apabila merekodkan 132,933 naskhah berbanding separuh tahun pertama 2014 dengan edaran 156,835 naskhah; perbezaan negatif 23,902 naskhah.

Gambar hiasan

Ironi, dua lagi akhbar terbitan Kumpulan Utusan mencipta prestasi baik selepas jatuh sedikit pada 2013 dengan Kosmo! iaitu 199,795 naskhah; naik 2,593 naskhah berbanding 197,202 naskhah dalam enam bulan pertama.

Akhbar kompak itu juga paling laris di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan, manakala Mingguan Malaysia popular di seluruh negara kecuali Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan

Bahkan, edisi mingguan Kosmo! Ahad juga merekodkan peningkatan dengan 210,269 naskhah; naik 1,834 naskhah daripada 208,435 naskhah dalam tempoh separuh tahun pertama. – MYNEWSHUB/H.A.AMREE

Nota: Rakaman majlis perasmian bangunan ibu pejabat baharu Kumpulan Utusan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori