Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Dottie’ Akur Tawaran Kurang...

PETALING JAYA - Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dottie iaitu Nur Syuhaida...

Pengubahan Wang Haram: ‘Datuk...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan reman selama...

10 Pakar Penerbangan AS...

SHAH ALAM : Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) berada di...

GST Bantu Malaysia Elak...

KUALA LUMPUR - Penurunan harga minyak boleh menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi sekiranya...

Kos Kerajaan Ambil Alih Konsesi Tol Kurang RM400 Bilion

KUALA LUMPUR – Kos yang perlu ditanggung kerajaan susulan penghapusan kutipan tol lebuh raya akan menjadi jauh lebih rendah berbanding RM400 bilion seperti yang dinilaikan kerajaan sebelum ini, kata Penasihat Khas Menteri Kewangan, Tony Pua.

Beliau berkata, ini kerana, angka RM400 bilion itu merupakan nilai yang dijumlahkan oleh kerajaan terdahulu, yang mengambil kira pampasan kepada pihak konsesi lebuh raya termasuk keuntungan pada masa depan.

Sekiranya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan berhasrat mengambil alih konsesi lebuh raya, walaupun ​​​​​kerajaan tidak merancang berbuat demikian pada masa ini, kos terbabit hanya akan mengambil kira pampasan​​​​​​​ mengikut kadar yang tertakluk dalam kontrak, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Kita hanya akan membayar pampasan mengikut kadar yang tertakluk dalam kontrak, iaitu kos pembinaan lebuh raya. Kita perlu kira semula, dan ia tidak akan termasuk keuntungan masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pua juga menafikan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cukai ke atas minuman berkarbonat.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan untuk meningkatkan hasil cukai, namun tiada apa-apa yang diputuskan setakat ini,” katanya.


Beliau diminta mengulas mengenai portal berita yang melaporkan beliau sebagai berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baharu, termasuk cukai ke atas minuman berkarbonat.

Pua juga dilaporkan berkata bahawa langkah tersebut tidak akan membebankan golongan isi rumah ​​​​​​​berpendapatan 40 peratus terendah. – BERNAMA

Kategori