Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Ketiga Kes Bunuh...

SEGERA: Polis Malaysia telah mengumumkan bahawa suspek ketiga dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin...

“Saya Sudah Analisis Liverpool”...

JOSE Mourinho berkata dia tahu pasukan Liverpool lebih baik berbanding musim lalu ketika...

VIDEO: iPhone 6 Plus...

Antara perkara paling ditunggu-tunggu kaki gajet adalah pelancaran siri terbaru telefon bimbit keluaran...

Klip Video Lagu Baharu...

SUDAHKAH anda menonton klip video single terbaharu Taylor Swift, Look What You Made...

Korban Lampu Isyarat Rosak

Bangi – Seorang pemuda maut sejurus motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan ketika melalui lampu isyarat di persimpangan berhampiran pasar raya di Bangi Avenue, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.32 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Syafiq Mohd Anuar, 20, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Seremban ke Bangi Lama di sini, melalui persimpangan lampu isyarat yang tidak berfungsi.

“Pada masa sama, sebuah kereta model Nissan Almera datang dari arah bertentangan membelok ke kanan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati tempat kejadian adalah jalan lurus dan rata namun permukaan jalan licin selepas hujan.


“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.37 malam.

Menurut jurucakapnya, pihak bomba tiba di lokasi 15 minit kemudian sebelum membantu mengeluarkan seorang penumpang wanita yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan peralatan haudralik. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori