Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna Lega Harga Telur,...

Masjid Tanah : Pengguna menarik nafas lega berikutan tiada kenaikan harga ayam dan...

Lelaki Cedera Parah, Terjatuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera parah setelah terjatuh dari menara...

Video: Lelaki Sempat Main...

KEBERANIAN serta ketenangan seorang lelaki ini sememangnya patut dikagumi!Melalui video viral yang dimuat...

Polis Kedah Terima 5...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam...

Koordinasi Operasi Kawalan Sempadan Darat Dimantapkan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini bakal menyaksikan koordinasi dan kawalan sempadan darat negara dimantapkan.

RUU yang dibentangkan kali pertama oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, bakal menyatupadukan semua agensi kerajaan di bawah AKSEM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal sempadan bagi mengatasi pencerobohan, pembolosan atau penyeludupan.

Ia turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi terdiri daripada Jemaah Menteri, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Jawatankuasa itu turut melibatkan ketua-ketua pengarah bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara(LKTN).

Mereka dipertanggungjawabkan memutuskan syor dibuat Jawatankuasa Penyelaras dan sebarang perkara berhubung keselamatan sempadan darat Malaysia.

Jawatankuasa Penyelaras pula dicadang dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Komisioner Jeneral, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam dan RELA serta pengarah bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Ia juga dianggotai ketua-ketua pengarah bagi MKN, Kastam, Imigresen, Perhilitan, Jabatan Pertanian, Keselamatan Kerajaan, AADK dan LKTN serta ketua-ketua polis bagi Kedah, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Perlis.


Antara lain Jawatankuasa Penyelaras ini bertanggungjawab membuat syor berhubung keselamatan sempadan darat negara dan merumus dasar serta program untuk mencegah kegiatan penyeludupan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia.

RUU ini juga menyebut seorang Komisioner Jeneral yang dilantik Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menguat kuasa sepenuhnya mana-mana peruntukan akta itu termasuk mengeluarkan arahan dan keputusan kepada AKSEM.

Antara fungsi AKSEM di dalam RUU ini adalah menjalankan kawalan, memantau, mencegah dan menyekat kegiatan penyeludupan serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan sempadan darat Malaysia.

Nur Jazlan berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU ini akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Sebelum ini Nur Jazlan dilaporkan berkata kawasan sempadan negara masih dibolosi penyeludup dan penjenayah rentas sempadan kerana kurangnya koordinasi dalam kalangan agensi berkaitan. – BERNAMA

Kategori