Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMP Memperluas Kerjasama Dalam...

Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkukuhkan peranannya sebagai universiti teknologi dalam Rangkaian...

Black Eyed Peas Meriahkan...

CLARK - Persembahan kumpulan hip hop terkenal dari Amerika Syarikat, The Black Eyed...

Malaysia Bentuk Semula Agensi...

SENDAI (Jepun) - Malaysia bercadang membentuk semula agensi pengurusan bencana untuk menjadikannya lebih...

Petronas Bina Asrama Harian...

KUDAT - Petronas akan membina sebuah Asrama Harian Luar Bandar di Pulau Balambangan...

Konvoi Amal Merdeka 1WP Berkampung 3 Hari Di Lumut

PUTRAJAYA – Seramai 150 peserta yang terdiri daripada anak muda dari Wilayah Persekutuan akan berkampung selama tiga hari di Kampung Batu Tiga Segari, Lumut, Perak bagi program amal bakti kepada masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan Konvoi Amal Merdeka 1Wilayah Persekutuan itu sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Masjid Putra di sini hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang diedarkan, kementerian itu memaklumkan program ilham Menteri Wilayah Persekutuan itu antara lain bertujuan melahirkan belia yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan program amal bakti dan ibadah kepada masyarakat.

Program dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Putrajaya itu juga bermatlamat memberi peluang kepada anak muda Wilayah Persekutuan berdamping dengan komuniti luar bandar menerusi pelbagai program berbentuk kemasyarakatan yang diatur.


Antara program yang akan diadakan ialah gotong-royong, kempen bersih pantai, forum perdana, program santai belia dan ramah mesra bersama penduduk kampung, demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori