Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadangan Tutup MARACorp Khianati...

SHAH ALAM - Cadangan menutup MARACorp perlu dikaji semula kerana dilihat mengkhianati agenda...

Bomba Pastikan Hospital Lama...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sentiasa memastikan lapan hospital...

Kucing Jadi Pengawal Keselamatan...

Manila - Sebuah bank mengupah seekor kucing sebagai pengawal keselamatan untuk menangkap tikus...

Ratu Rock Malaysia Mengucapkan...

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 - Malam tadi telah menjadi saksi kehebatan ratu...

Kongres Sedunia Perpustakaan Bakal Jana RM40 Juta

KUALA LUMPUR – Penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat ke-84 (IFLA WLIC 2018) di ibu negara bulan ini bakal memberi pulangan ekonomi kepada negara sebanyak RM40 juta, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata kongres selama tujuh hari bermula 24 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah platform bagi menarik kedatangan pelancong luar ke Malaysia melalui pelbagai peluang perniagaan pelancongan.

“IFLA akan membuka ruang lebih besar kepada pelbagai inisiatif persidangan antarabangsa yang lain membabitkan pelancongan perniagaan, sekali gus menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara.

“Pada 2017, sebanyak RM2 bilion pendapatan sektor pelancongan dijana daripada 287 penganjuran acara pelancongan perniagaan melibatkan 120,528 peserta antarabangsa,” katanya dalam sidang media prapelancaran IFLA WLIC 2018 di Dewan Banquet, bangunan Parlimen hari ini.

Malaysia terpilih sebagai tuan rumah kongres IFLA WLIC ke-84 tahun ini selepas ia dihoskan oleh Amerika Syarikat pada 2016, Poland pada 2017 serta bakal diadakan di Greece pada 2019.

Kongres tersebut anjuran Perpustakaan dan Institusi Antarabangsa (IFLA) dan Perpustakaan Negara Malaysia dengan sokongan kementerian dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Berhubung perkembangan kedatangan pelancong ke Malaysia tahun ini setakat Ogos, Mohamaddin berkata ia menunjukkan pertambahan yang baik terutama dari China, India, Timur Tengah dan Eropah.


Beliau berkata sehingga April, sebanyak 8.4 juta pelancong direkodkan dengan kira-kira sejuta daripadanya adalah pelancong dari China.

Ketika ditanya trend kehadiran pelancong susulan kesan daripada pelbagai isu melibatkan projek usahasama Malaysia dan China yang dihenti atau ditangguh, Mohamaddin berkata perkara berkenaan tidak memberi kesan terhadap ketibaan pelancong luar termasuk dari China sendiri.

“Malah kementerian mendapati lebih ramai yang berkunjung ke Malaysia, ditambah pula dengan musim buah durian ketika ini. Sasaran kehadiran 33 juta pelancong tahun ini juga diyakini mampu dicapai dan pastinya tidak ketinggalan Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Bagi memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2020, kita akan perkemaskan lagi rekaan logo asal yang tidak sesuai dengan imej pelancongan negara… mungkin gambar Orang Utan itu akan ‘dihilangkan’ dan menambah fokus lebih kepada imej Menara Kembar Petronas,” katanya. – BERNAMA

Kategori