Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Johor Sah Dapat 3...

SINGAPURA - Setelah lama dikritik, Johor akhirnya boleh berbangga apabila projek kereta api...

Ikan Rakyat LKIM Kini...

SERDANG - Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang menawarkan ikan...

Op Selamat 7/2015 Catat...

KUALA LUMPUR - Op Selamat 7/2015 selama 15 hari bermula 10 Julai lepas...

MCA, MIC Tak Mahu...

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan...

Konflik Idlib Makin Memuncak

BEIRUT – Gesaan antarabangsa meningkat hari ini bagi mengelak ‘pembunuhan beramai-ramai’ tentera rejim Syria di wilayah terakhir ditawan pemberontak di Idlib, dua hari sebelum pertemuan antara kuasa besar yang menyokong kerajaan dan pembangkang.

Tentera berkumpul di pinggir wilayah barat laut di sempadan Turki selama beberapa minggu, meningkatkan kebimbangan satu bencana kemanusiaan pada skala belum dilihat dalam konflik tujuh tahun di Syria.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini memberi amaran kepada Damsyik supaya mengelak tentangan penuh terhadap rantau dikatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menempatkan hampir tiga juta penduduk.

“Satu pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku jika hujan peluru berpandu di sana,” kata Erdogan yang mana negaranya menyokong pemberontak Syria.

Beliau berkata demikian dua hari sebelum bertemu Presiden Iran dan Russia yang menyokong rejim di Tehran bagi membincangkan masa depan wilayah itu.

Kebimbangan global meningkat sejak beberapa hari lalu berhubung ancaman tentangan rejim bagi menyingkirkan pemberontak dari wilayah Idlib dan kawasan sekitar, kubu kuat terakhir yang masih berada di tangan pembangkang.


Selasa lalu, wakil damai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria, Staffan de Mistura menggesa Erdogan dan Presiden Vladimir Putin bercakap di telefon sebelum pertemuan Jumaat ini.

Mistura menggesa usaha ‘mengelak pertempuran besar-besaran mungkin di wilayah konflik Syria yang berakhir dengan pertumpahan darah.’

Lebih separuh Idlib dikawal pemberontak daripada bekas sekutu Al-Qaeda, Hayat Tahrir al-Sham (HTS), sementara bakinya ditawan pemberontak disokong Turki. – AFP/myMetro Online

Kategori