Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lin Dan Tumbang Di...

GLASGOW - Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan pemain legenda, Lin...

Al-Fatihah: ADUN Apas Meninggal...

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Ringgit Merosot Ke Paras...

KUALA LUMPUR - Ringgit susut ke paras terendah sejak 22 Jan, 2018 ketika...

Derma Mencurah-Curah Kepada Lelaki...

Singapura – Lebih RM37,000 telah dikumpulkan oleh orang ramai kepada seorang lelaki dari...

Komuniti Perwani 1Malaysia Perlu Lebih Aktif Ketika Banjir

KOTA BHARU – Komuniti Perkumpulan Wanita (PERWANI) 1Malaysia perlu lebih aktif terutama dalam membantu mangsa banjir menangani trauma yang dihadapi mereka ketika berdepan bencana tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian itu melatih sekurang-kurangnya 5,000 ‘lay counsellor’ setiap tahun daripada Komuniti PERWANI 1Malaysia yang bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada kaunselor profesional daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Di Kelantan sahaja kita ada seramai 450 ‘lay counsellor’ ini dan saya harap mereka dapat turun padang dan membantu mangsa banjir terutama di kalangan wanita bagi membantu mereka mengatasi trauma yang dihadapi golongan tersebut ketika berdepan dengan musibah berkenaan.

“‘Lay counsellor’ ini merupakan barisan hadapan sebelum bantuan diberikan oleh kaunselor profesional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beramah mesra dan menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 137 ketua keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh di sini, hari ini.


PPS itu menempatkan 593 mangsa daripada 137 keluarga sehingga 7 petang ini sejak banjir melanda Kelantan empat hari lepas. – BERNAMA

Kategori