Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Buang Masa, Paloma Benci...

PENYANYI antarabangsa, Paloma Faith sebelum ini  membuat pengumuman bahawa dia sedang mengandungkan anak...

Harimau Larikan Beg Tangan...

SHANGHAI - Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila...

Nombor 688 Bawa Tuah...

LANGKAWI - Nombor 688 membawa tuah kepada Tony Liew Ye Onn apabila memenangi...

Komputer & Mesin Perjudian Bernilai RM500,00 Dirampas

BUTTERWORTH – Sebanyak 638 unit komputer dan pelbagai mesin perjudian bernilai lebih RM500,000 dirampas hasil serbuan polis di Seberang Perai Utara (SPU) dalam tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata 108 individu ditahan dalam serbuan di 47 premis sekitar daerah ini sepanjang tempoh itu.

“Mereka yang ditahan berumur 25 hingga 60 tahun dan polis turut merampas wang tunai sebanyak RM6,797 daripada premis yang diserbu dan orang yang ditahan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kami akan menjalankan pemantauan dan operasi membanteras kegiatan judi melalui Ops Dadu dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemotongan bekalan elektrik melalui Ops Dadu Pintas di kawasan SPU hari ini.

Bekalan elektrik di 10 premis perniagaan yang masih berdegil menjalankan aktiviti perjudian di Butterworth, Sungai Dua dan Mak Mandin di sini dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini sebagai langkah membanteras dan melumpuhkan aktiviti perjudian di daerah ini.

Beliau berkata setiap premis yang terlibat hanya dibenar membuat penyambungan semula bekalan elektrik selepas tempoh sebulan dan mendapat kebenaran daripada polis.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata siasatan polis mendapati kejadian tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman sebuah keluarga di Taman Seri Bertam di sini awal pagi 8 Sept lepas disebabkan pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.


“Polis telah mengenal pasti beberapa anggota geng kongsi gelap yang melepaskan tembakan itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, seorang suri rumah dan empat anaknya berusia antara satu dan 13 tahun berdepan detik cemas apabila kediaman mereka ditembak bertalu-talu ketika suaminya, seorang penternak ayam berusia 35 tahun, berada di sebuah tokong di Tikam Batu, Kedah.

Mengenai kes tembak di sebuah rumah upacara sembahyang kematian di Kampung Selamat malam tadi yang menyebabkan seorang maut dan seorang cedera, Abdul Rahman berkata kedua-dua lelaki itu ditembak dari jarak dekat dan polis percaya mereka mengenali lelaki yang melepaskan tembakan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam tadi, Lee Wooi Shong atau dikenali sebagai ‘Kastam’, 34, mati di Hospital Kepala Batas akibat ditembak di kepala dan badan manakala rakannya berumur 38 tahun cedera di tangan dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di Butterworth.

“Polis sedang siasat secara terperinci kes itu daripada pelbagai aspek terutama berkaitan judi kerana mangsa mempunyai rekod jenayah berkaitan kes judi, hutang Along dan gangster,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori