Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Habis… Semua Motosikal Kena...

LEBIH 10 motosikal yang berhenti di bahu jalan jejambat kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan...

Impian Aaisyah Berlakon Dengan...

SETIAP pelakon pasti ada harapan tinggi untuk berlakon dengan aktor pujaan mereka. Ini...

Prudential BSN Lindungi Anak...

SUNGAI PETANI - Prudential BSN Takaful (PruBSN) menawarkan pelan perlindungan lengkap seawal 14...

Ahmad Husni Ubah Landskap,...

IPOH - Berkemeja putih dan seluar hitam, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun...

Klinik Kesihatan KL Jalan Fletcher Beroperasi Hari Ini

KUALA LUMPUR – Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) yang merupakan klinik pertama kerajaan mengamalkan Konsep Doktor Keluarga di negara ini mula beroperasi di Jalan Fletcher, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata klinik yang menggantikan perkhidmatan Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur yang dibina dengan kos RM50 juta itu mampu menampung 800 hingga 1,000 pesakit sehari.

“(Menerusi konsep itu) Satu pasukan kesihatan akan dikhaskan hanya untuk merawat penduduk dari kawasan tertentu. Konsep itu akan lebih memudahkan doktor mengenali dan memeriksa pesakit yang sama.

“Kita bahagikan kepada empat zon iaitu A, B, C dan D dengan empat doktor bagi setiap zon tersebut. Ia juga menjimatkan masa kerana doktor yang sama sudah mengetahui sejarah kesihatan pesakit yang dirawat,” katanya selepas melawat KKKL di sini yang memulakan operasinya hari ini.


Dr Hilmi berkata terdapat 12 perkhidmatan disediakan antaranya pesakit luar, pergigian, ibu dan anak, pakar, rehabilitasi, Terapi Gantian Methadone dan klinik Berhenti Merokok.

Buat sementara waktu, beliau berkata waktu pengoperasian bermula 8 pagi hingga 5 petang manakala perkhidmatan selepas waktu pejabat akan dimulakan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori