Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inisiatif QRT Imigresen Tangani...

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang...

Penyanyi Kacak ‘Kun Anta’...

NAMA Humood AlKhauder secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dan kegilaan gadis Malaysia apabila...

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam...

Petikan Page Viral Posts (FB)ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Ronaldo Makin Menjadi Bersama...

ROME - Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya bersama Juventus apabila dia dan Mario...

KKM Syor Undang-Undang Baharu Kawal Selia TPA

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan akan mengesyorkan agar peraturan baharu digubal bagi mengawal selia Pertubuhan Penjagaan Terurus (MCO) dan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) di bawah peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata kementerian itu akan meneliti semua perkara dan mengkaji tentang keperluan undang-undang baharu itu digubal bagi mengawal selia keseluruhan industri TPA.

“Sekiranya terdapat keperluan, MoH akan mencadangkan agar satu undang-undang baharu bersendirian digubal bagi mengawal selia TPA, yang kini mengurus manfaat kesihatan untuk pekerja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perubatan Malaysia malam tadi bersempena mesyuarat agung tahunan ke-57 persatuan itu yang berlangsung di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas trend baharu MCO dan TPA yang memaksa doktor membayar antara RM2,500 dan RM5,000 sebagai bayaran sekali sahaja bagi pelantikan sebagai klinik panel, atau membayar RM250 setiap tahun.

Katanya, TPA dan MCO tidak terletak di bawah bidang kuasa kementerian itu dan perkhidmatan yang mereka tawarkan merupakan kontrak antara doktor dan entiti berkenaan.

Dr Subramaniam juga berkata, kini, Malaysia berdepan dengan cabaran baharu yang mungkin memerlukannya menggunakan pendekatan berbeza untuk mengatasinya demi kebaikan lebih besar untuk negara.


Menurut beliau, peningkatan kejadian penyakit tidak berjangkit, kemunculan penyakit berjangkit baharu, kemunculan semula penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin dan penuaan penduduk adalah antara isu utama yang sedang dihadapi negara.

“Perbelanjaan untuk kesihatan di negara kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara anggota Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

“Ia hanya sekitar 4.6 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding perbelanjaan KDNK lebih tinggi di negara lain, di mana 52 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan adalah dalam sektor awam dan 48 peratus dalam sektor swasta,” katanya. – BERNAMA

Kategori