Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

HTC Butterfly 2 Dilancarkan...

HTC Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga HTC Butterfly,...

Vokal Mantap Trio Tutup...

KONSERT High Note 2016 yang mengandingkan tiga penyanyi bernada tinggi Ziana Zain, Jaclyn...

Tragedi Memali: Balu Ibrahim...

BALING - Selama 33 tahun, Soleha Hussin terpaksa menjalani kehidupannya dengan perasaan sedih...

Justin Bieber Cemburu Selena...

JUSTIN Bieber dikhabarkan merasa kecewa melihat keakraban bekas teman wanitanya, Selena Gomez yang...

KKM Kutip Kompaun RM73,000 Daripada Perokok Di R&R

TEMERLOH – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperoleh kompaun berjumlah RM73,000 daripada 292 perokok yang didapati merokok di kawasan rehat dan rawat (R&R) dalam operasi besar-besaran di 112 R&R seluruh negara pada 24 dan 25 Feb lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, operasi itu susulan pewartaan R&R sebagai kawasan larangan merokok sejak tiga bulan yang lalu bagi melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

“Dalam operasi berkenaan, perokok dikenakan kompaun minima RM250 seorang manakala 16 amaran diberikan kepada pemilik premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“KKM juga akan meneruskan kempen kesedaran melalui pendekatan ‘tanggungjawab tuan punya premis’ iaitu pengusaha gerai makanan atau pekerja pembersihan akan dilatih untuk menegur perokok yang merokok di kawasan larangan dalam R&R,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan kawasan R&R sebagai kawasan larangan merokok peringkat kebangsaan dan pelancaran generasi bebas rokok peringkat negeri di kawasan R&R Temerloh arah barat, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Dr Zainal Ariffin Omar.

Hilmi berkata adalah penting bagi orang awam mematuhi larangan merokok di kawasan awam termasuk R&R kerana perbuatan merokok merupakan antara penyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menyatakan kekecewaan apabila mendapat laporan daripada orang awam bahawa terdapat segelintir perokok yang mengambil risiko dengan merokok di stesyen minyak berhampiran kawasan R&R.


Katanya perbincangan di peringkat kementerian juga sedang dibuat bagi mendapat pandangan pelbagai pihak untuk meminda beberapa peraturan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Akta Makanan 1983) bagi mengetatkan undang-undang terhadap perokok dan penjual rokok di negara ini.

“Kajian terhadap pesakit di hospital kerajaan di negara ini mendapati 33 peratus adalah pesakit penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan buah pinggang yang disebabkan oleh asap rokok.

“Ia adalah serius dan sebab itu KKM melakukan pindaan berkenaan dan kempen kesedaran agar orang ramai tidak menjadikan merokok satu tabiat,” katanya.

Mengulas mengenai bantahan terhadap cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi (pengasingan dispensari) oleh beberapa pihak termasuk beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan, Hilmi berkata KKM akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum cadangan itu dilaksanakan.

“Kita sedar ramai yang membantah, kerana apabila pengasingan berlaku ia akan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan ubat serta kesulitan yang lain.

“Ia baru di peringkat cadangan, kita akan mengambil kira semua padangan sebelum ia dilaksanakan nanti,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori