Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Kini Bendahari...

PETALING JAYA : Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari...

Royalti Single Sujudku Disalur...

KUALA LUMPUR - Semua kutipan royalti bagi single Sujudku nyanyian Aidiel Ghaffar, Aris...

Penuntut Universiti Didakwa Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di sebuah...

Pencuci Pinggan Warga India...

KUALA LUMPUR - Seorang pencuci pinggan warga India hari ini dipenjara sebulan oleh...

Isu Rasuah KSU, KKLW Sedia Bekerjasama Dengan SPRM

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan.

Mohd Arif, 59, dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.

Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori