Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kesan Cukai Soda Boleh...

BELANJAWAN 2019 menyaksikan beberapa cukai baharu diperkenalkan dan salah satu daripadanya ialah cukai...

Kes Tembakan: Polis Tahan...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya...

Polis Dapat Kebenaran Guna...

KANGAR - Polis Diraja Malaysia telahpun mendapat kebenaran daripada polis Thailand untuk menggunakan...

Polis Akan Panggil Penganjur...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil penganjur Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan...

KKLW Optimis Bina 3,000 Rumah Bina Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) optimis dapat melaksanakan pembinaan 3,000 unit Rumah Bina Negara (RBN) pada tahun ini bagi merealisasikan impian generasi kedua luar bandar memiliki rumah sendiri.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai pemudah cara pembiayaan pemohon, kementerian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menjalinkan kerjasama dengan Agro Bank dan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk tujuan itu.

“Melalui persefahaman ini, KKLW berhasrat memudahkan pembiayaan golongan belia yang tidak mempunyai penyata pendapatan khususnya yang bekerja di sektor pertanian, perladangan dan aktiviti ekonomi desa,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembiayaan Program RBN antara RISDA, Agrobank dan Bank Muamalat, hari ini.

RISDA merupakan agensi pelaksana untuk membina RBN sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Ini selaras peruntukan RM200 juta bagi projek RBN yang dilaksanakan oleh RISDA dan Felcra Berhad berdasarkan pembentangan Bajet 2017.

Setakat ini, RISDA menerima 1,518 permohonan daripada 5,900 borang yang diedarkan kepada pemohon di seluruh negara.


Menerusi program RBN, kerajaan menawarkan insentif RM20,000 bagi rumah berharga RM65,000 kepada pemohon yang layak.

Rumah berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik terbuka kepada belia luar bandar berumur 18 hingga 45 tahun.

RBN perlu dibina di tanah milik sendiri atau ibu bapa. – BERNAMA

Kategori